suria

Siswazah aliran sastera digesa menjadi pejuang sastera

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah menggesa para siswazah aliran sastera menjadi pejuang sastera.

“Pembelajaran sastera meningkatkan kemahiran insaniah yang menggalakkan pemikiran kreatif dan etika kommunikasi,” katanya dalam satu sidang akhbar di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri satu majlis penyampaian hadiah yang dianjurkan oleh beberapa buah universiti awam untuk menggalakkan siswa-siswi meluahkan kritikan mereka terhadap karya-karya sastera negara. Ini merupakan kali kedua majlis seumpama itu diadakan dan lima buah institut penggajian awam mengambil bahagian dalam peraduan tersebut.

Saifuddin juga mencadangkan pihak penganjur untuk menghantar satu senarai kertas cadangan kepadanya untuk meningkatkan peruntukkan yang diberikan oleh kementeriaannya untuk menganjurkan majlis seumpama itu.

“Ini diharap akan menggalakkan lebih lagi institut-institut penggajian tinggi menghantar perserta untuk pertandingan seperti ini,” ujarnya lagi.

Selain itu, Saifuddin juga menggalakkan institut -institut penggajian tinggi swasta untuk memberi ruang dan menggalakkan pelajar-pelajar mereka untuk mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan bidang sastera walaupun mereka bukan siswazah aliran itu.

Sementara itu, Saifuddin berkata bidang sastera dalam negara agak terpinggir kerana keutamaan lebih diberikan kepada bidang lain.

Dia juga mencadangkan agar dua aliran diadakan di kesemua 54 buah sekolah berasrama penuh di negara.

“ Ini akan memberikan lebih banyak peluang untuk pelajar-pelajar pandai untuk mengembangkan potensi mereka,” jelas beliau.

Artikel Lain