suria

Muhyiddin terima kunjungan bakal duta

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan dua orang bakal Duta Besar Malaysia serta seorang bakal Pesuruhjaya Tinggi.

Mereka ialah Datuk Shaharuddin Mohd Som, bakal Duta Malaysia ke Jepun, V.Sudha Devi, bakal Duta Malaysia ke Brazil, dan Datuk Ahmad Anwar Adnan, bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan.

Pertemuan yang berlangsung selama sejam itu diadakan di pejabat Muhyiddin di bangunan Parlimen di sini.

Ketika ditemui, Sudha Devi berkata bahawa dalam pertemuan itu, Muhyiddin memberikan nasihat mengenai cabaran yang harus ditempohi sebagai seorang duta.

"Beliau turut menyatakan bahawa kami perlu memainkan peranan penting termasuk bertindak membetulkan sebarang persepsi atau berita negatif tentang Malaysia," katanya. BERNAMA

Artikel Lain