suria

Mohd Fauzi angkat sumpah ADUN Manek Urai

KOTA BAHARU: Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manik Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai lepas, mengangkat sumpah sebagai anggota dewan yang baru di sini hari ini.

Majlis angkat sumpah itu diadakan di hadapan Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebelum baginda merasmikan pembukaan persidangan Dewan Negeri Kelantan.

Pada pilihan raya kecil itu, Mohd Fauzi, 50, mengalahkan calon Barisan Nasional Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dengan majoriti 65 undi.

Persidangan dewan itu akan berakhir pada Rabu depan. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain