suria

Anak lelaki wanita mangsa bunuh ditahan

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki berusia 22 tahun, yang dikehendaki polis bagi tujuan soalsiasat berhubung kematian ibunya K.Malina, ditahan di Mersing, Sabtu lepas. Dia telah dirujuk ke Hospital Permai untuk menjalani pemeriksaan psikiatri, kata Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin.

Perintah tahanan reman bagaimanapun masih belum diperolehi.

Dia juga mempunyai rekod jenayah bagi kesalahan dadah.

Malina, 47, yang merupakan seorang yang pekak dan bisu, dijumpai di dalam beg kembara yang disorok di bawah sinki dapur rumahnya di Kampung MIC, Ulu Tiram, dekat sini, 6 Oktober lepas.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan separuh badannya berlipat manakala tangannya diiikat menggunakan kabel telefon.

Adik lelaki mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Chandran, 41, berkata, mangsa telah bergaduh dengan suspek mengenai pembelian motosikal sebelum kakaknya didapati hilang.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi polis di talian 07-2212999 atau manamana balai polis berhampiran. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain