suria

Empat kawasan rekod IPU sederhana

KUALA LUMPUR: Empat kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana manakala 46 kawasan lagi adalah baik.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, sehingga pukul 11 pagi ini, empat kawasan yang mencatatkan IPU sederhana adalah di Kota Tinggi, Johor (51); Kuantan, Pahang (54); Samarahan (51) dan Sri Aman (51) di Sarawak.

Antara kawasan yang menikmati kualiti udara yang baik termasuk di Alor Setar, Kedah (22); Tanah Merah, Kelantan (33); Bandaraya Melaka (30); Port Dickson, Negeri Sembilan (42); Taiping, Perak (32); Perai, Pulau Pinang (28) dan Limbang, Sarawak (22).

Selain itu, Kuala Selangor, Pelabuhan Kelang dan Petaling Jaya di Selangor turut merekodkan bacaan IPU baik dengan masing-masing mencatat 42, 36 dan 26.

Klasifikasi bacaan IPU ialah seperti berikut: 0-50 (baik), 51-10 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain