suria

Tun Abdullah hadiri persidangan Umno

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno ke-60 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Beliau masuk ke Dewan Merdeka PWTC kira-kria pukul 3.05 petang tadi semasa sesi ucapan penggulungan oleh Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Shirlin.

Kehadiran bekas Perdana Menteri itu disambut dengan tepukan gemuruh para perwakilan yang hadir.

Abdullah bagaimanapun mengambil tempat duduknya bersama perwakilan bahagian Kepala Batas di tengah dewan. Beliau merupakan Ketua Umno bahagian tersebut.

Sebelum ini, Abdullah dijadual hadir pada sesi Ucapan Dasar Presiden yang berlangsung semalam

Artikel Lain