suria

Polis tahan tiga lelaki, rampas ketulan mampat ganja 459 gram

SEREMBAN: Polis menahan tiga lelaki dan menjumpai satu ketulan mampat dadah disyaki ganja seberat 459 gram dalam satu serbuan di sebuah bengkel membaiki motosikal di Taman Rasah Jaya di sini, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri DSP Maidu Abu Bakar berkata ketiga-tiga lelaki berumur antara 31 dan 40 tahun itu ditahan dalam serbuan pada kira-kira pukul 10 pagi.

"Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu dalam serbuan berasingan di sebuah ladang kelapa sawit Felda Sendayan, Mambau dekat sini pada kirakira pukul 2 petang Selasa lepas, polis menahan empat lelaki berumur antara 44 dan 50 tahun dan menjumpai 17 paket plastik lutsinar yang dipercayai mengandungi dadah jenis heroin dan 5 paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu.

Katanya kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Heroin) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Syabu).

Maidu seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penyalahgunaan dadah supaya memaklumkan kepada polis dengan menelefon hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan 067619999. BERNAMA

Artikel Lain