suria

PGM Bintulu tumpas cubaan seludup balak dan diesel

MIRI: Pasukan Gerakan Marin (PGM) yang berpengkalan di Bintulu berjaya mematahkan dua cubaan menyeludup 359 balak serta kira-kira 15,000 liter diesel di Sungai Baram di sini hari ini.

Pegawai pemerintahnya ASP Mohamad Nazari Ismail berkata balak-balak yang bernilai kira-kira RM1.7 juta itu ditemui dalam sebuah baj yang sedang belayar dari Tutoh di bahagian hulu sungai.

"Diesel itu pula dibawa oleh sebuah kapal kargo" katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya ada lima pekerja di atas baj itu manakala kapal kargo itu pula membawa tiga orang pekerja semasa ditahan, dan semua mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.

Mohamad Nazari berkata kejayaan itu dicapai menerusi operasi "Ops Octopus" yang dilaksanakan oleh PGM Bintulu, yang bertanggungjawab memantau kawasan perairan di bahagian utara Sarawak. BERNAMA

Artikel Lain