suria

Polis tahan 7 tukang urut dan penyelia pusat urut bogel

KUALA LUMPUR: Tiga pelanggan lelaki yang sedang asyik diurut dalam keadaan bogel oleh tiga tukang urut wanita warga asing yang juga berbogel tergamam apabila diserbu polis dalam satu serbuan mengejut di sebuah rumah urut yang berselindung di sebalik premis kedai kecantikan di Jalan SS2/55, Sea Park, Petaling Jaya di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata hasil maklumat orang awam dan risikan, serbuan dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang oleh polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

"Ketika serbuan tiga pelanggan itu sedang diurut oleh tiga pekerja (wanita) dari China dengan kesemuanya berbogel di tiga bilik berasingan yang kemudiannya ditahan.

"Empat tukang urut wanita yang lain (tiga dari Thailand dan seorang dari Myanmar) serta seorang penyelia premis itu turut ditahan dalam premis itu," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua tukang urut wanita berusia lingkungan 22 hingga 46 tahun itu dipercayai bukan sahaja melakukan kerja mengurut dengan berbogel malah turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan mereka.

Katanya pemeriksaan lain mendapati ketujuh-tujuh wanita itu memiliki dokumen perjalanan yang sah tetapi tidak mempunyai permit kerja dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Arjunaidi berkata penyelia premis turut ditahan kerana menyalahgunakan lesen perniagaan yang dimiliki manakala ketiga-tiga pelanggan berusia lingkungan 30-an turut diambil keterangan.

Beliau berkata premis itu pernah diserbu bulan lalu namun pengusahanya tidak serik dan kembali aktif menjalankan kegiatan haram berkenaan.

Katanya polis bagaimanapun akan terus membuat pemantauan terhadap operasi rumah-rumah urut bagi memastikan tiada aktiviti atau perkhidmatan tidak bermoral dijalankan di sebalik perniagaan yang dijalankan. BERNAMA

Artikel Lain