suria

Kotakan janji sebelum terlambat, tegas Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan partiparti komponen Barisan Nasional (BN) supaya mengotakan janji mereka untuk membuat pembaharuan dalam parti masing-masing demi keutuhan gabungan itu.

Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata parti komponen yang menghadapi kemelut kepimpinan wajib secepat mungkin menangani keadaan sebelum terlambat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Peluangnya ada, masa pun ada, tapi jangan melengahlengahkan penyelesaian masalah dalaman sehinggakan nanti sudah berada di ambang pilihan raya, masa tu dah terlambat untuk kita memperbetulkan keadaan," kata Perdana Menteri dalam temubual ekslusif dengan Bernama di pejabatnya sempena perhimpunan agung Umno.

Najib yang mahu melihat setiap parti komponen BN menjadi stabil dan kuat supaya mereka dapat menyumbang kepada kejayaan BN, berkata sebarang masalah terutama kemelut kepimpinan yang serius boleh menjejaskan persepsi rakyat terhadap BN walaupun ia hanya berlaku dalam satu parti komponen.

"Sebab itulah saya telah sarankan, cuba selesaikan dengan secepat mungkin krisis atau kemelut dalam parti masingmasing," katanya. Najib berkata selaku pengerusi BN, pintunya sentiasa terbuka kepada manamana pihak untuk mendapat pandangan dan nasihat.

Ditanya apakah perubahan fundamental yang harus dilakukan oleh parti-parti komponen berkenaan, Najib berkata: "Mereka mesti membuat pembaharuan. Itu yang mereka janjikan. "Semua parti menjanjikan bahawa mereka akan melakukan pembaharuan. Jadi mereka mesti kotakan apa yang mereka telah katakan atau tunaikan apa yang telah mereka janji".

Walapun ada tandatanda proses pembaharuan itu dilaksanakan, Perdana Menteri mengganggap ia masih berjalan dan belum sampai ke peringkat mantap.

"Proses ini belum sampai di mana kita boleh anggap sudah selesai. Jadi apa yang mereka janjikan tu, mereka patut teruskan seperti mana saya pernah kata dalam satu majlis bahawa apa gunanya jawatan dalam parti kalau kita tidak dapat sokongan daripada rakyat," katanya.

Ditanya sama ada partiparti komponen berkenaan patut diberi tempoh untuk melaksanakan perubahan itu, Najib berkata: "Mereka sepatutnya tahu".

Perdana Menteri berkata walaupun pada dasarnya prinsip formula perkongsian kuasa dalam BN akan diteruskan, BN perlu menampilkan calon yang mampu menang semasa pilihan raya.

Ditanya sama ada kuota calon bertanding pada pilihan raya akan diubah jika ada parti komponen masih tidak berubah, Perdana Menteri berkata perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu.

"Itu tanggungjawab saya sebagai pengerusi Barisan Nasional. Saya tetap menghormati proses dalam Barisan Nasional. Di samping itu, saya minta kita juga membuat penilaian yang realistik atas kemampuan masing-masing.

"Kerana yang penting, kita tidak hendak korbankan manamana kerusi. Kita mesti letakkan caloncalon yang boleh menang. Jadi kalau dia nak menang, dia buat kerja dia dari sekarang," katanya. BN mempunyai tugas untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan bagi meraih kemenangan meyakinkan pada pilihan raya umum akan datang berbanding keputusan pilihan raya lepas pada 2008.

Najib tidak menolak kemungkinan dengan konsep 1Malaysia, BN, satu hari nanti akan menjadi satu parti tanpa komponen seperti Umno, MCA atau MIC, tetapi beliau menegaskan belum tiba masanya.

"Apaapa boleh berlaku tetapi rakyat dan masyarakat kita mesti bersedia.

"Kalau orang dah sedia menerima, segalagala kemungkinan boleh berlaku tapi bukanlah masa sekarang, tengok trend akan datang," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain