suria

Hubungan intim kerajaan-penjawat awam penting untuk kejayaan negara : Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan intim antara sektor pentadbiran dan penjawat awam merupakan ramuan yang sangat penting bagi mewujudkan sebuah negara yang berjaya.

Berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini, beliau berkata sejarah negara telah membuktikan bahawa kejayaan yang dikecapi selama ini adalah hasil tautan erat keduadua pihak itu.

"Kalau kita imbas kembali sejarah negara, kita berjaya kerana mengekalkan hubungan intim antara satu sama lain," katanya.

Najib berkata sektor perkhidmatan awam selama ini sentiasa membantu menterjemahkan dasar kerajaan sekaligus menentukan setiap agenda kerajaan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

"Semoga hubungan istimewa ini dapat dipertahankan kerana lebih banyak cabaran harus dihadapi dengan segala kemampuan dan kekuatan yang kita ada," katanya.

Najib berkata kerajaan sentiasa mahu untuk melihat keduadua pihak saling berganding bahu dalam meneruskan usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya demi kesejahteraan rakyat.

Rumah terbuka itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menterimenteri kabinet serta 3,000 orang kebanyakannya kakitangan JPM. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain