suria

Dua anggota polis disyaki terbabit kes samun RM500 ditahan

PULAU PINANG: Dua anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian samun yang membabitkan seorang lelaki warga Bangladesh di Jelutong di sini kelmarin.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2.30 petang semasa lelaki Bangladesh yang berumur lingkungan 20-an itu sedang berjalan seorang diri di tepi jalan apabila dia didatangi dua anggota polis yang kononnya ingin membuat pemeriksaan permit.

Beliau berkata mereka kemudiannya dikatakan meminta RM500, dan lelaki Bangladesh yang memiliki dokumen perjalanan yang sah itu kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

"Berdasarkan laporan itu kedua-dua anggota polis itu ditahan hari ini," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ayub berkata kedua-dua anggota polis berumur 22 dan 26 tahun kini ditahan reman dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain