PLUS tawar diskaun tol sempena Deepavali - Semasa | mStar

PLUS tawar diskaun tol sempena Deepavali

PETALING JAYA: Sempena perayaan Deepavali, diskaun sehingga 20 peratus akan dinikmati oleh kenderaan persendirian yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan ELITE untuk tempoh 14 hingga 16 Oktober dan 19 hingga 21 Oktober dan 21 Oktober antara jam 12 malam hingga 7 pagi.

Pengarah Urusan PLUS Expressway Berhad Noorizah Abd Hamid berkata diskaun tersebut adalah tambahan kepada diskaun 10 peratus sedia ada yang kini dinikmati pengguna di keduadua lebuhraya tersebut di luar waktu puncak setiap hari.

"Diskaun ini merupakan sebahagian daripada Program Intensif Perjalanan (PTI) PLUS untuk menghargai pengguna lebuhraya terutama di musim perayaan.

"Ia juga bertujuan mengagihkan aliran trafik ke waktuwaktu di luar waktu puncak sekaligus membolehkan pengguna menikmati perjalanan yang lancar dan selesa," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau turut menyarankan pengguna menggunakan kad PLUSMiles Touch 'n' Go bagi melancarkan laluan di plaza tol di samping menikmati ganjaran rebat tol, diskaun dan pelbagai keistimewaan lain.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSLine di 1-800-88-00-00 yang beroprasi 24 jam setiap hari. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Saya tak kenal wanita itu" - Issey