suria

Lelaki ditembak di betis kiri oleh lelaki tak dikenali

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera di bahagian kiri betisnya akibat ditembak oleh lelaki yang tidak dikenali dalam satu kejadian di kolam pancing Desa Aman, Desa Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9 malam semasa Lim Jit Sun, 19, bersama seorang rakan sebayanya dalam perjalanan menuju ke sebuah lombong untuk menjala ikan.

Beliau berkata tiba-tiba mereka terdengar suara orang menjerit memanggil mereka, menyebabkan mereka ketakutan lalu terus melarikan diri.

Menurutnya ketika itu satu tembakan dilepaskan yang mengenai betis kiri Lim.

"Mereka tidak nampak suspek dalam kejadian itu kerana keadaan persekitaran tempat kejadian yang gelap ketika itu," katanya ketia dihubungi Bernama di sini hari ini.

Difahamkan Lim kemudiannya ke Hospital Selayang bagi mendapat rawatan pada kira-kira pada pukul 1 pagi ini, manakala rakannya membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada pukul 4 pagi.

Abdul Rahim berkata Lim dijangka menjalani pembedahan malam ini untuk mengeluarkan serpihan peluru yang disahkan oleh doktor masih terdapat di dalam betisnya, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain