suria

Majistret Kelantan direman berhubung dakwaan rasuah

KOTA BAHARU: Seorang Majistret di Kelantan hari ini ditahan reman selama dua hari berhubung dakwaan terlibat rasuah.

Majistret Azrul Abdullah membenarkan reman itu bagi membolehkan majistret berkenaan membantu siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Azrul membenarkan keputusan reman dua hari itu setelah Timbalan Pendakawa Raya Mohd Asnawi Abu Hanifah daripada SPRM memohon tempoh tahanan reman selama lima hari.

Majistret yang berusia 27 tahun itu disiasat kerana dipercayai terbabit dalam rasuah berhubung satu kes dadah.

Majistret itu diwakili peguam Datuk Shukri Mohamad.

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata siasatan itu adalah berhubung rasuah untuk meringankan hukuman terhadap pesalah kes dadah.

Menurut SPRM, majistret itu ditangkap di sebuah stesen minyak di Machang pada 10.30 malam tadi.BERNAMA

Artikel Lain