suria

Dua perompak ditembak mati

SUBANG JAYA: Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam tiga siri rompakan bank di sekitar Lembah Klang sejak dua bulan lepas ditembak mati dalam kejadian berasingan hari ini.

Lelaki pertama yang berusia 33 tahun ditembak mati di Persiaran Equine Perdana Seri Kembangan berhampiran pusat membelibelah Jusco pada kira-kira pukul 2.15 petang, manakala kejadian kedua membabitkan lelaki berusia 41 tahun di persimpangan Gohtong Jaya, Genting Higlands pada kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Hasnan Hassan ketika ditemui di Equine Perdana mengesahkan kejadian itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

Bernama difahamkan hasil maklumat orang awam, sepasukan polis mengekori kereta Honda Accord yang dipandu suspek pertama dan mengarahnya supaya berhenti.

Bagaimanapun, lelaki itu memecut keretanya dan apabila tiba di persimpangan lampu isyarat Equine Perdana, polis berjaya memintas dan mengarahkan suspek supaya menyerah diri.

Namun suspek enggan dan keluar dari keretanya lalu melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan polis terpaksa membalasnya dan menembak mati lelaki itu. Polis menemui sepucuk pistol .38mm di sisi mayat lelaki itu.

Sementara itu suspek kedua pula ditembak mati di Gohtong Jaya oleh sepasukan anggota polis setelah mengekori lelaki itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika ditemui di Gohtong Jaya berkata hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol separuh automatik Smith & Wesson bersama peluru.

Beliau berkata satu sidang akhbar mengenai keduadua kejadian itu akan diadakan pagi esok.

Keduadua lelaki itu dipercayai terlibat dalam kes rompakan bank di Puchong Prima pada 24 Ogos lepas, di Seri Kembangan pada 15 September dan di Taman Segar Cheras pada 18 Sept, yang membabitkan wang tunai RM180,000. BERNAMA

Artikel Lain