suria

Dua pegawai, enam anggota polis Kelantan digantung tugas kerana terlibat kes jenayah

KOTA BAHARU: Dua pegawai dan enam anggota polis kontinjen Kelantan digantung tugas kerana terlibat kes jenayah seperti pecah amanah dan rasuah, sepanjang sepuluh bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Beliau berkata tiada kompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai dan anggota yang terlibat dengan kes jenayah termasuk dihadapkan ke mahkamah.

"Saya pandang serius perkara ini, saya tidak akan kompromi, sesiapa yang diadapati bersalah akan dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai disiplin pegawai dan anggota polis kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Beliau menasihatkan pegawai dan anggota supaya tidak melakukan perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang sebaliknya sentiasa memberi khidmat terbaik untuk orang ramai.

Sementara itu, katanya polis kontinjen Kelantan mengadakan pelbagai program bagi merapatkan hubungan antara polis dan orang awam. BERNAMA

Artikel Lain