Cadangan Wanita Umno untuk pindaan perlembagaan diterima - Shahrizat - Semasa | mStar

Cadangan Wanita Umno untuk pindaan perlembagaan diterima - Shahrizat

KUALA LUMPUR: Cadangan pergerakan Wanita Umno supaya lebih ramai pemimpin wanita di semua peringkat diberi tempat untuk memilih pemimpin parti, terutama pemimpin utama diterima Jawatankuasa Usul Umno.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata cadangan itu yang merupakan antara tiga cadangan yang dikemukakan oleh pergerakan itu adalah bagi mengarusperdanakan kepimpinan wanita dalam Umno induk.

Beliau amat berterima kasih kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Usul kerana menerima cadangan Wanita yang akan turut dibentangkan pada perhimpunan agung khas Umno Khamis ini.

Cadangan Wanita Umno itu ialah wanita diberi pengiktirafan apabila satu tambahan tempat diberi secara lantikan di peringkat Majlis Tertinggi, bahagian dan cawangan, katanya pada sidang berita di sini hari ini.

"Jika dahulu Presiden boleh melantik ahli Majlis Tertinggi seramai 12 orang tetapi kini ia bertambah kepada 13 orang iaitu khusus kepada wanita dan begitu juga di peringkat cawangan dan bahagian.

"Jika cadangan pindaan Perlembagaan diterima dalam Perhimpunan Agung Khas, 22,500 perwakilan wanita dari peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi akan berpeluang dan diberi tanggungjawab penting dalam memilih pucuk pimpinan parti dan menentukan hala tuju masa hadapan Umno," katanya.

Cadangan lain yang dikemukakan oleh pergerakan itu ialah meminta penghapusan sistem kuota dan dengan penghapusan sistem kuota, tiada ruang patut diberi kepada mana-mana pihak untuk mencemarkan imej Umno. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain