suria

Sarawak terus hargai kepimpinan BN - Taib

KUCHING: Sarawak akan terus menghargai budi serta kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan pusat di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini malam tadi.

Katanya Sarawak telah mencapai tahap kedudukan yang boleh dibanggakan kerana negeri itu mempunyai tradisi membela nasib rakyat serta membantu meningkatkan taraf hidup penduduknya.

"Kita telah memperjuangkan nasib rakyat lebih daripada 52 tahun untuk mencapai kesenangan sehingga ke hari ini dan saya berdoa agar kepimpinan beliau (Najib) akan terus membawa faedah kepada rakyat, khasnya di Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Hari Malaysia sempena penutup sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-52 di Padang Merdeka di sini.

Katanya, walaupun pembangkang telah menabur janji untuk memperjuangkan nasib dan hak rakyat namun mereka sudah mula tergelincir daripada matlamat mereka.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain