suria

Najib teruja terima respons baik bagi cadangan bajet

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sangat teruja apabila mendapati lebih 400 komen dan e-mel ketika beliau menyemak respons bagi permintaan beliau untuk cadangan bajet Malaysia dalam blog 1Malaysia miliknya hari ini.

Perdana Menteri berkata selepas lawatan yang membuahkan hasil ke Perancis, ia sangat menggembirakan apabila melihat keseluruhan rakyat Malaysia melaksanakan tanggungjawab dan menunjukkan semangat patriotik dalam memberikan input bagi bajet negara.

" Saya sudah membaca beberapa cadangan bagi menentukan mana yang boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam bajet atau polisi kita," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

" Kepada anda semua yang memberikan idea, sekali lagi terima kasih."

"Tidak lama lagi saya akan bincangkannya dengan Kementerian Kewangan, dan kembali melaporkan menerusi blog 1Malaysia bagaimana kami dapat gabungkan dengan cadangan anda," katanya dalam blognya itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain