suria

Najib berharap parti-parti kaum India akan bergabung

PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selepas menandatangani plak simbolik pelancaran parti Makkal Sakti Malaysia di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang hari ini. Turut sama ialah Presiden MMSP, R.S Thanenthiran (kiri) dan Naib Presiden, R.K Ramesh (dua, kiri). --fotoBERNAMA

SERDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yakin bahawa pendekatan terbaru kepimpinannya menyambut baik kemunculan parti-parti baru seperti Parti Makkal Sakti Malaysia - yang dilancarkan beliau hari ini, "tidak akan melemahkan" parti-parti komponen dalam BN.

"Mereka mahu menyokong BN, menyokong kepimpinan saya, menyokong kerajaan saya kecuali mereka belum bersedia untuk berada dalam MIC.

"Jadi mereka mahu mewujudkan parti politik mereka sendiri. Jadi biarkan keputusan ini, ini pilihan mereka... ini negara bebas.

"Mereka hendak menyokong kerajaan menerusi politik mereka sendiri," kata Pengerusi BN selepas melancarkan parti politik masyarakat India - Parti Makkal Sakti Malaysia pagi tadi.

Najib yang juga Presiden Umno menegaskan, Parti Makkal Sakti bukan ditubuhkan atas desakan beliau.

"Mereka mahu menubuhkan parti politik dan pada masa yang sama mereka mahu bekerjasama dengan saya dan dengan kerajaan," katanya.

Bagaimanapun Najib menjelaskan, lambat-laun adalah baik untuk parti-parti politik kaum India untuk bersatu.

"... bersatu atau kemungkinan ada penggabungan untuk menjadi sejumlah parti yang kecil kerana ia akan memudahkan kerajaan, memudahkan kami.

"Biar kita melihat perkembangan ini... ini evolusi politik masyarakat India negara ini," kata beliau sambil menegaskan, "ini adalah pilihan mereka, saya tidak membuat pilihan buat mereka."

Kini terdapat antara tujuh hingga lapan parti politik yang mendakwa mewakili masyarakat India secara langsung dan secara tidak langsung. Ini termasuklah MIC, Barisan Progresif India Se-Malaysia (IPF), Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) dan Barisan Tindakan Demokratik India Malaysia (Mindraf), Parti Progresif India (PPP).

MIC dan PPP adalah komponen BN.

Beberapa bekas pemimpin Hindraf juga dilaporkan sedang memikirkan usaha menubuhkan parti sendiri.

Parti Makkal Sakti Malaysia diketuai oleh bekas penyelaras kumpulan Hindraf yang telah diharamkan, R.S. Thenenthiran, 47.

Penubuhan parti itu turut dibantah oleh kepimpinan MIC.

Baru-baru ini Ketua Pergerakan Pemuda MIC, T. Mohan berkaya, pihaknya tidak sedia membenarkan parti baru itu menjadi parti alternatif kepada MIC bagi mewakili kaum India.

Tegas Mohan, walaupun parti itu akan dilancarkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, Pemuda MIC tidak akan berkompromi sekiranya ia bertujuan menggantikan MIC dalam BN.

Ketika ditanya sama ada beliau ingin melihat sebuah parti induk bagi masyarakat India, Najib memberitahu:

"Saya tidak mengatakan saya lebih suka. Terserah kepada masyarakat India untuk membuat pilihan.

"Saya serahkan kepada mereka untuk membuat keputusan."

Artikel Sebelum

Artikel Lain