suria

Makkal Sakti mahu sertai BN

SERDANG: Parti Makkal Sakti Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak hari ini akan memohon untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam waktu terdekat, kata Presidennya, R.S. Thanenthiran.

Oleh kerana Najib selaku Pengerusi BN telah membayangkan masih ada ruang bagi parti mewakili masyarakat India dalam perikatan itu, kata Thanenthiran, pihaknnya akan memohon menyertai BN.

"Masyarakat India memerlukan parti alternatif yang berada dalam Barisan bagi membolehkan pelbagai isu yang dihadapi diselesaikan," kata beliau.

Beliau mendakwa MIC, salah satu komponen BN, telah gagal membantu masyarakat India disebabkan kepimpinannya.

"Jika MIC menjalankan tugasnya dengan baik, adakah anda merasakan Makkal Sakti dapat wujud seperti yang disaksikan hari ini," kata beliau ketika ditemui wartawan selepas majlis pelancaran parti itu di sini, pagi tadi.

Kata beliau, parti itu kini mempunyai 50,000 ahli sejak didaftarkan Mei lalu.

Pihaknya menyasarkan keahlian kira-kira 200,000 orang menjelang pilihan raya umum akan datang.

Artikel Sebelum

Artikel Lain