suria

10 wartawan antara penerima darjah kebesaran Melaka

MELAKA: Seramai 10 pengamal media merupakan antara 1,230 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena harijadi ke71 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob esok.

Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mior Kamarulbaid Mior Shahid dianugerahi Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia Zaini Hassan dan Ketua Biro Berita Harian Perak Ridzuan Yop masingmasing menerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM).

Penerima bagi anugerah Bintang Khidmat Terpuji (BKT) pula ialah Ketua Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Melaka Mohamad Bakri Darus, Ketua Biro Berita Harian Melaka Amirullah Andi Nur, wartawan sambilan Melaka Hari Ini Ibrahim Idris dan bekas ketua biro Sin Chew Daily Melaka Chew Eng Sui.

Wartawan sambilan Harian Metro Melaka Nazri Abu Bakar, wartawan Sinar Harian Melaka Sharizanerni Norramlai dan wartawan sambilan Melaka Hari Ini Vincent Low pula menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain