suria

Penyanyi kelahiran Malaysia tersinggung sindiran perkauman

MELBOURNE: Penyanyi kelahiran Malaysia, Kamahl, berkata beliau amat tersinggung dengan sindiran berbaur perkauman yang ditujukan kepada beliau dalam satu program televisyen di sini pada Sabtu lepas.

Kamahl, atau nama sebenarnya K. Kamalesvaran yang dibesarkan di Brickfields dan kini menetap di Sydney, menjadi bahan ejekan dalam satu sketsa melibatkan beberapa artis memakai rambut palsu ala Afrika dan muka mereka dihitamkan.

Seorang artis yang membuat persembahan itu kemudian memaparkan satu lakaran kartun dengan perkataan "Di Mana Kamahl".

"Ini satu usaha jahat mencari publisiti murahan," kata Kamahl kepada akhbar Daily Telegraph di Sydney.

Katanya beliau pernah dijemput menjadi tetamu program itu dan merasa seronok dengan lawak jenakanya.

Namun, menurut Kamahl, kali ini beliau amat kecewa dengan perbuatan yang disifatkannya sebagai "tidak kelakar". BERNAMA

Artikel Lain