suria

LPK saman bekas pengurus besarnya

KUALA LUMPUR: Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) semalam memfailkan saman sivil terhadap bekas pengurus besarnya Datin Paduka Phang Oi Choo kerana menyalahi fidusiari, kontrak dan tugas-tugas undang-undang bersama kepada lembaga itu.

LPK menyatakan bahawa Phang gagal menjalankan tugasnya dengan baik, kecuaian dan kemahiran ketika berkhidmat sebagai pengurus besar LPK, kata Pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng dalam kenyataan semalam.

"Antara lain, kegagalan mematuhi Garis Panduan Perbendaharaan, kegagalan untuk memastikan perjanjian utama oleh LPK mengandungi terma-terma yang diperlukan bagi menjaga kepentingan LPK dan pelantikan sebuah syarikat ukur bahan yang mempunyai kedudukan yang akan bertentangan kepentingan kerana firma itu ada kaitan dengan pemaju siap guna projek PKFZ, Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB)," kata beliau.

Saman itu difailkan oleh peguam LPK di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau menambah Phang telah menyebabkan LPK mengadakan perjanjian utama lagi yang beliau tidak rujuk kepada Anggota Lembaga LPK untuk perbincangan dan kelulusan, walaupun mengetahui bahawa perjanjian seperti itu akan mengakibatkan kedudukan kewangan LPK teruk kerana LPK tidak boleh membiayai projek tersebut pada ketika itu.

"Kedudukan kewangan sukar yang dihadapi LPK juga tidak ditangani dalam cara yang sesuai dan segera," kata beliau.

Beliau menambah saman itu adalah sebagai tambahan kepada tindakan awal yang diambil LPK, termasuk laporan jenayah yang dibuat terhadap Phang dan pihak berkuasa terbabit. BERNAMA

Artikel Lain