suria

Lelaki bunuh tanpa niat dilepaskan dengan bon

KUALA LUMPUR: Seorang pemuda berusia 21 tahun dilepaskan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini setelah mengaku bersalah membunuh tanpa niat seorang pemandu teksi empat tahun lalu.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin melepaskan pemuda itu, yang masih di bawah umur (17 tahun) ketika melakukan kesalahan itu, mengikut Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah setelah melihat laporan akhlaknya (laporan ketika bawah umur) dan mendengar rayuan peguamnya, Harcharanjit Singh.

Laporan akhlak pemuda itu menunjukkan dia tidak pernah mempunyai rekod jenayah selain mempunyai seorang kakak yang bertugas sebagai pensyarah.

"Kamu mempunyai latar berlakang yang baik, tapi kenapa kamu masih melakukan kesalahan seperti ini? Cakaplah.. saya harap dengan peluang yang saya berikan ini kamu akan berubah menjadi baik selepas ini, dan dengan adanya kakak kamu yang bekerja sebagai pensyarah, dia dapat membimbing kamu," kata Zainal Abidin.

Pemuda itu bersamasama dua lagi rakannya iaitu Guna Raj Baliah, 27, dan seorang remaja berusia 18 tahun didakwa membunuh tanpa niat R. Andrew, 33, di hadapan Bank Bumiputra Commerce, Jalan Tun Sambathan, pada 5.15 pagi, 16 September 2005.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau keduaduanya sekali.

Zainal Abidin bagaimanapun menjatuhkan hukuman terhadap keduadua rakan pemuda itu dengan Guna Raj dikenakan hukuman penjara enam tahun mulai dari tarikh dia ditangkap pada 23 Mei 2006 manakala remaja berusia 18 tahun itu pula dihantar ke sekolah Henry Gurney selama setahun enam bulan kerana mempunyai laporan akhlak yang buruk.

Laporan akhlak remaja berusia 18 tahun itu menunjukkan bahawa dia suka membuli rakannya, bergaduh dan juga seorang yang pandai berdolakdalik.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haslida Isamail. BERNAMA

Artikel Lain