suria

Jangan halang orang keluar mengundi - Polis

PORT DICKSON: Polis hari ini memberi amaran akan bertindak tegas terhadap manamana pihak yang cuba menghalang orang ramai daripada keluar mnegundi pada pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang pada Ahad ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata polis akan memantau keadaan bagi menjamin kelicinan pergerakan orang ramai ke tempat mengundi.

"Jika kita dapati ada orang yang cuba menyekat atau pun mengadakan apaapa juga bentuk halangan, kita akan dakwa mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Osman menasihatkan pengundi agar tidak risau kerana polis akan memastikan mereka dapat menunaikan tanggungjawab masingmasing dengan sempurna. Katanya polis menjangkakan berlaku kesesakan lalulintas pada Ahad ini disebabkan bertambahnya kenderaan dan juga pelawat.

"Kita akan menempatkan anggota polis trafik di setiap persimpangan lampu isyarat. Kita akan cuba membantu pengguna jalan raya," kata Osman. BERNAMA

Artikel Lain