suria

Perhimpunan Agung Khas Umno: Hanya 2 Agenda

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hanya dua agenda akan dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Khas Umno EGM) parti itu minggu depan.

Dua usul tersebut ialah, usul ucapan dasar Presiden dan usul pindaan perlembagaan parti.

Menurut Muhyiddin, hanya terdapat dua usul akan dibentangkan dalam perhimpunan agung khas berkenaan kerana ia diadakan dalam masa yang singkat.

Semalam Jawatankuasa Pengurusan Umno telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan persiapan EGM tersebut.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden parti.

"Kita Cuma bincang mengenai persiapan mengenai perhimpunan agung khas minggu depan. Mula 14 Oktober ini.

"Kita juga turut mendengar penerangan daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai fasal-fasal yang akan dibentangkan dalam pindaan perlembagaan parti.

“Disamping itu, jucucakap negeri-negeri akan berucap dan membahaskan usul ucapan dasar Presiden dan perlembagaan.

“Hanya terdapat dua usul, satu ucapan dasar Presiden dan usul pindaan perlembagaan parti kerana perhimpuan kali ini singkat kerana ia kurang daripada dua hari," katanya.

Perhimpunan Agung khas Umno akan diadakan pada 14 hingga 16 Oktober ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Persidangan kali ini amat istimewa kerana ia melibatkan pindaan perlembagaan parti itu.

Pada ketika ini hanya, 2,500 perwakilan yang diberika hak dan kuasa untuk memilih jawatan-jawatan tertinggi dalam parti namun dengan pindaan perlembagaan yang akan dilaksanakan itu nanti jumlah perwakilan yang boleh mengundi dijangka adalah jauh lebih besar daripada yang sedia ada ketika ini.

Mengikut sistem kuota, kelayakan untuk bertanding jawatan Presiden perlu mendapat pencalonan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada 191 bahagian UMNO, Timbalan Presiden (20 peratus), Naib Presiden (10 peratus) dan ahli MT (lima peratus).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain