suria

PAS dalam keadaan tertekan?

PORT DICKSON: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pembangkang kini berada dalam keadaan tertekan dan tidak yakin untuk menang sehingga mahu menangguhkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang akan diadakan Ahad ini.

Beliau berkata PAS sengaja mencetuskan isu kononnya mereka tidak berpuas hati dengan beberapa beberapa isu yang berkaitan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Pembangkang rasa tak puas hati dan dia minta SPR tangguhkan pilihan raya... dia konon tak puas hati.

"Pasal apa dia mahu tangguh? Sebab dia kempen tak cukup, dia tahu dia tertekan, jadi dia kata supaya bagi masa lebih sedikit," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Ladang Siliau di sini semalam.

Semalam PAS memberikan kata dua kepada SPR bahawa parti itu tidak menolak kemungkinan akan memohon injunksi bagi menangguhkan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Kata dua yang diberikan itu berikutan dakwaan mereka bahawa PAS mempunyai bukti yang kukuh bagi mendedahkan mengenai kewujudan pertindihan nama dalam daftar pemilih SPR di DUN berkenaan.

Pertindihan yang dimaksudkan itu ialah terdapat pengundi yang mendaftar dua kali di DUN Bagan Pinang iaitu satu menggunakan kad pengenalan tentera dan satu lagi didaftarkan menggunakan kad pengenalan awam.

Tambah Muhyiddin lagi pembangkang tahu mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk meraih undi.

"Dia sengaja minta masa lebih, tapi kita tak minta lebih, kita ikut undang-undang... yang pasti mereka memang tertekan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain