suria

APMM tahan bot tunda, nelayan tempatan di Sarawak

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot tunda dan sebuah bot nelayan tempatan di dua lokasi berasingan di perairan Sarawak kerana menjalankan operasi secara haram Selasa lepas.

APMM dalam kenyataan hari ini berkata dua bot tunda itu ditahan bersama 11 krew berusia antara 37 hingga 48 tahun di perairan Tanjong Bo manakala bot nelayan itu ditahan di perairan Tanjong Sipang oleh bot pemintas APMM.

Katanya bot nelayan itu dinaiki oleh lima anak kapal berusia antara 17 hingga 46 tahun.

"Siasatan awal mendapati dua bot tunda milik sebuah syarikat tempatan beroperasi tanpa nakhoda yang sah, gagal mengemukakan salinan dokumen serta tidak mempunyai senarai anak kapal yang disahkan oleh Jabatan Laut Sarawak," katanya.

Menurut agensi itu, bot nelayan itu gagal mematuhi peraturan berkaitan kawasan penangkapan ikan dan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 manakala bot tunda itu disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain