1,275 daripada 2,000 pengundi askar dalam kem keluar mengundi - SPR - Semasa | mStar

1,275 daripada 2,000 pengundi askar dalam kem keluar mengundi - SPR

PORT DICKSON: Seramai 1,275 daripada kira-kira 2,000 pengundi tentera yang tinggal di dalam kem hari ini telah keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Jeneral Tan Sri Sani, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Kem Si Rusa sehingga proses pengundian ditutup jam 5 petang tadi.

Manakala bagi pengundi pos di kalangan anggota polis, seramai 27 daripada 31 pengundi berdaftar sudah mengundi pada hari pertama hari ini di Ibu Pejabat Polis Port Dickson di sini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yakin baki pengundi yang masih belum mengundi hari ini akan menunaikan tanggungjawab mereka esok.

"Saya rasa kalau dapat hari ini hampir 70 peratus, baguslah tu... kita jangka bakinya akan datang esok kerana mungkin ada di kalangan mereka yang akan pulang dari bercuti," katanya kepada mStar Online.

Keseluruhannya terdapat sejumlah 4,604 pengundi pos di kawasan DUN Bagan Pinang.

Daripada jumlah itu 4,571 terdiri daripada anggota tentera, 31 anggota polis manakala dua pengundi pos dikategorikan sebagai pemilik tak hadir kerana bertugas di luar negara.

Mereka merupakan sebahagian daripada 13,664 pengundi dalam DUN Bagan Pinang, yang turut membabitkan 9,060 pengundi biasa.

Bagi anggota tentera yang tinggal di luar kem, kertas undi pos sudah pun dihantar kepada mereka semalam.

Bagaimanapun Wan Ahmad berkata jika sehingga proses pengundian pada hari kedua ditutup esok, masih terdapat ramai pengundi yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian, pihaknya akan berbincang dengan pihak kem untuk melanjutkan proses pembuangan undi sehigga Sabtu.

"Memang kita buka dua hari iaitu 8 dan 9 haribulan, tapi kalau esok tak habis juga... mungkin 10 haribulan pun kita akan buka.

"Ini kerana hak mereka untuk mengundi itu tetap ada, dan tempoh selesai mengundi secara keseluruhan ialah pada pukul 5 petang pada 11 haribulan.

"Bagi SPR itu tidak menjadi masalah, ia akan ditentukan oleh pihak pengurusan kem esok," katanya.

Selain itu beliau turut memberi jaminan mengenai tahap keselamatan karun undi pos.

"Apabila selesai proses pengundian petang ini, karung undi pos itu akan dibawa ke pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya dengan diiringi oleh polis dan tidak akan disimpan dalam kem.

"Tak perlu timbulkan sebarang keraguan kerana karung undi tidak ditinggal di dalam kem," katanya.

Artikel Sebelum

Wanita Filipina ditahan bawa kokain 1.8 kg

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

TERKINI MCA: OTK-CSL berdamai...

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain