suria

Remaja lelaki cedera ditikam kekasih bekas teman wanita

KUANTAN: Gara-gara cemburu, seorang remaja lelaki cedera ditikam oleh teman lelaki bekas teman wanitanya di sebuah hotel di Jalan Haji Junid, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Pemangku Supt Zulkifli Taha berkata kejadian pukul 7 malam itu berlaku apabila remaja berusia 19 tahun itu terserempak dengan bekas teman wanitanya, 20, bersama lelaki lain di hotel berkenaan.

Remaja itu yang cemburu melihat bekas kekasihnya bersama lelaki lain telah bertengkar dengan lelaki itu sehingga lelaki itu bertindak menikamnya dengan sebilah pisau, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Zulkifli berkata, mangsa yang cedera di dada dan belakang dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan(HTAA) Kuantan untuk rawatan.

Mangsa membuat laporan polis pada pukul 1 pagi tadi, katanya.

Beliau berkata, polis kemudiannya berjaya menahan suspek berusia 26 tahun terbabit yang turut mempunyai rekod jenayah. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain