suria

Polis temui petunjuk baru kes kenderaan SPRM dibaling bom api

KUALA LUMPUR: Polis telah menemui petunjuk baru bagi membantu siasatan kes sebuah kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Klang yang dibaling bom api "molotov cocktail" Ogos lepas, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bukti baru itu bagi mengelakkan ianya menganggu siasatan.

"Tiada lagi tangkapan dibuat setakat ini dan siasatan masih lagi giat dijalankan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda milik SPRM cawangan Klang, rosak selepas dilempar dengan enam buah botol bom api "molotov cocktail".

Kejadian yang pertama kali berlaku itu hanya disedari oleh kakitangan SPRM kira-kira pukul 7.45 pagi.

Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berprofil tinggi yang berlaku membabitkan ahli politik yang disiasat oleh suruhanjaya itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain