suria

Mayat berbalut kain cadar dijumpai di kawasan semak

PULAU PINANG: Mayat, dipercayai seorang wanita yang dibalut dengan kain cadar ditemui dalam kawasan semak di Jalan Pahang, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Mohd Nasir Salleh berkata mayat yang lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan separuh reput dan berulat.

"Berdasarkan keadaan mayat, kami percaya mangsa dibunuh beberapa hari lepas di kawasan lain sebelum mayatnya dicampak ke kawasan semak itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kain cadar yang gunakan untuk membalut mayat itu mempunyai kesan terbakar.

Identiti mangsa belum dikenalpasti, katanya.

Sehubungan itu polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain