suria

Langkah penjagaan H1N1 bagi calon PMR diteruskan - Muhyiddin

PUTRAJAYA: Langkah penjagaan wabak H1N1 akan diteruskan termasuk kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kebimbangan mengenai wabak itu bagaimanapun sudah tidak begitu ketara dan berada dalam keadaan terkawal.

"Alhamdulillah semua dalam keadaan persiapan yang baik dan kebimbangan H1N1 sudah dapat kita kawal, tidak ada apaapa masalah," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 di sini hari ini.

Tahun ini, 475,182 calon menduduki PMR. Muhyiddin turut mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran telah membenarkan pengambilan Cuti Peristiwa pada hari 20 Okt ini sempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada 17 Oktober.

Menurutnya, sekolah yang telah kehabisan Cuti Peristiwa dibenarkan untuk mengambil cuti yang harus diganti semula pada 31 Oktober.

Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran mengambil maklum bahawa terdapat banyak permohonan daripada pihak sekolah dan juga ibu bapa supaya sekolah dibenarkan mengambil cuti tambahan.

"Ini untuk memudahkan ibu bapa membuat persiapan awal dan merancang perjalanan balik ke kampung," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain