suria

Rakyat Vietnam mati ditikam dalam pergaduhan

KLANG: Seorang rakyat Vietnam ditemui mati dalam sebuah bilik di tingkat dua sebuah hotel bajet di Jalan Pos Baru di sini, semalam.

Mayat Vo Van Minh, 25, ditemui berlumuran darah dengan kesan tikaman di dada dan belakang badan.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop berkata Vo, yang bekerja sebagai buruh di sebuah kilang pelupusan besi di Jalan Goh Hock Huat di sini dikatakan terlibat dalam pergaduhan dengan rakan senegaranya di bilik itu.

"Kami menerima laporan mengenai pergaduhan itu daripada penyambut tetamu hotel berkenaan pada pukul 5.30 petang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata sehubungan itu, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita rakyat Vietnam yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Lain