suria

Penganggur didakwa bunuh pembantu bengkel

KUANTAN: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dituduh membunuh seorang pembantu bengkel bulan lepas.

Muhd Zuraimi Adnan, 32, didakwa membunuh M. Patchaiyapan, 23, di kawasan lapang berhampiran Jalan Pintasan Kuantan, Kampung Pandan 2, di sini antara 11.30 malam 27 Sept dan 10.15 pagi 28 Sept lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Majistret Iriane Isabelo menetapkan 6 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Insp Muhamad Azman Ariffin. BERNAMA

Artikel Lain