suria

Lim sedia debat isu Kg Buah Pala dengan Koh

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sudah bersedia untuk berdebat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengenai isu Kampung Lorong Buah Pala bila-bila masa dan di manamana sahaja. Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata beliau sanggup berbahas dengan Koh termasuk di ibu pejabat Gerakan atau Umno tanpa ada sebarang syarat yang ditetapkan.

Menurutnya tidak ada sebarang keperluan untuk mengumumkan minit mesyuarat exco kerajaan negeri berhubung isu Kampung Buah Pala seperti mana yang dikehendaki oleh Koh.

"Kerajaan negeri sekarang ini tidak membuat keputusan yang memihak kepada koperasi atau pemaju...saya tidak menandatangani sebarang dokumen yang memihak kepada siapa-siapa, jadi tidak perlu kerahsian minit mesyuarat itu dibatalkan," katanya. BERNAMA

Artikel Lain