suria

Polis tahan 11 suspek, temui barangan curi bernilai RM450,000

KUCHING: Polis Sarawak berjaya menumpaskan tiga kumpulan pecah rumah yang aktif di sekitar bandar raya ini dan menemui semula barangan curi bernilai kira-kira RM450,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC II Huzir Mohamed berkata 11 lelaki daripada tiga kumpulan tersebut ditahan dalam empat operasi.

Polis turut menahan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing yang dipercayai pembeli barangan curi tersebut, katanya pada sidang media di sini hari ini.

"Penahanan kesemua 11 suspek yang berusia 23 hingga 45 tahun, polis berjaya menemui semula barangan curi, termasuk sebuah kereta jenis Nissan x-Trail yang dilarikan suspek ketika pecah masuk ke rumah mangsa yang bernilai lebih RM450, 000.

"Polis percaya penangkapan 11 suspek tersebut dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 20 kes samun dan curi di sini," katanya.

Beliau meminta mangsa supaya datang ke Pejabat Unit D4 di IPK untuk mengenal pasti barang curi yang ditemui untuk membantu siasatan polis. BERNAMA

Artikel Lain