suria

Penganggur didakwa larikan remaja perempuan

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melarikan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dari penjagaan yang sah, antara Mac hingga Jun lalu.

Mohd Azuan Mohad, 27, dari Jalan Genting Klang di sini, dituduh melarikan remaja itu dari penjagaan bapanya di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak, di sini, antara 16 Mac hingga 24 Jun lalu.

Dia, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Majistret Suhaily Samsudin membenarkan Mohd Azuan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 November depan untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Asyikin Zulkifli. BERNAMA

Artikel Lain