suria

Paul Low letak jawatan sebagai Presiden TIM

KUALA LUMPUR: Transparency International Malaysia (TIM) hari ini mengumumkan perletakan jawatan presidennya, Datuk Paul Low, berkuat kuasa dengan serta merta.

Dalam satu kenyataan di sini, TIM berkata perletakan jawatan itu berikutan pertimbangan interpretasi dan pandangan berbeza yang dikumpulkan dalam menghasilkan penerbitan Laporan Rasuah Global 2009 (GCR 2009).

"Low menerima tanggungjawab sepenuhyA bagi penerbitan "Malaysian Chapter" dalam GCR 2009," kata kenyataan itu.

Seiring dengan perlembagaan TIM, Timbalan Presiden pada masa ini, Datuk Mohamed Iqbal, akan menjalankan tugas sebagai Pemangku Presiden sementara.

TIM ialah piagam yang diakreditasi dari Transparency International yang berpangkalan di Berlin iaitu pertubuhan bukan kerajaan bagi menangani masalah rasuah seluruh dunia. BERNAMA

Artikel Lain