KUALA LUMPUR: Skuad Bantuan Krisis Malaysia (CRSM) MCA akan menubuhkan dana khas bagi membantu mangsa bencana alam di beberapa negara, kata ketuanya Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini.Beliau berkata kini lebih kurang sembilan negara dilanda bencana alam dan CRSM berasa bertanggungjawab menubuhkan dana itu bagi membantu mangsa. Berucap pada majlis penyerahan cek bagi membantu mangsa taufan Morakot di Taiwan kepada wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei dan sebuah klinik bergerak kepada CSRM Johor di sini, Chew berkata CRSM telah mengumpul RM170,000 bagi membantu usaha pembangunan semula di Taiwan.Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, yang hadir pada majlis itu, mengucapkan tahniah kepada CSRM atas usahanya itu serta berharap skuad berkenaan akan terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.Ong menyerahkan replika cek berkenaan kepada wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia Victor Tseng dan kunci klinik bergerak itu kepada ketua CSRM Johor Tan Cher Puk. BERNAMA