suria

Dua lelaki dituduh bunuh anggota polis

JOHOR BAHARU: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang anggota polis, bulan lepas.

S.Velo, 30, dan S.Thanasilan, 21, dituduh membunuh C. Selva Ganesen di anak sungai ladang kelapa sawit berhampiran perkuburan Cina Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Skudai, antara pukul 3.40 pagi hingga 9.50 pagi, 17 Sept lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mazri Mohamed manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Nor Shahid Abdul Malik menetapkan 16 Nov untuk sebutan semula kes. BERNAMA

Artikel Lain