suria

Dua gempa kuat di Mindanao, Filipina

KUALA LUMPUR: Dua gempa bumi kuat dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 6.58 petang dan 7.04 petang semalam, masing-masing berukuran 6.5 dan 5.8 pada skala Richter.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, pusat gempa bumi itu terletak 245 kilometer dari barat Davao, Filipina dan 616 kilometer dari timur laut Lahad Datu, Sabah.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami, menurut kenyataan itu. BERNAMA

Artikel Lain