suria

Harga telur ayam turun esok

KUALA LUMPUR: Harga telur ayam di Semenanjung turun dua sen berkuatkuasa esok.

Menurut kenyataan Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia hari ini, harga telur gred AA akan dijual pada harga 24.5 sen berbanding 26.5 sen pada masa ini, gred A 24 sen (26 sen), gred B 23 sen (25 sen), gred C 22 sen (24 sen), gred D 21 sen (23 sen) dan gred E 20 sen (22 sen).

Harga baru itu adalah berdasarkan kepada permintaan pasaran dan bekalan, kata kenyataan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain