DUN Bagan Pinang: PAS akui hadapi laluan sukar - Semasa | mStar

DUN Bagan Pinang: PAS akui hadapi laluan sukar

PORT DICKSON: PAS mengakui populariti yang dimiliki calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad menyukarkan partinya untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang akan diadakan pada 11 Oktober ini.

Bagaimanapun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau yakin satu lonjakan sokongan akan berlaku dalam pilihan raya kecil kali ini.

"Kita menyedari untuk menang payah tetapi tidak mustahil kita boleh menang, kita akan berusaha," katanya ketika ditemui pada proses penamaan calon di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini, semalam.

Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang menyaksikan saingan dua penjuru antara BN dan PAS.

PAS diwakili oleh Pesuruhjaya negeri, Zulkefly Mohamad Omar.

Mengulas lanjut mengenai peluang PAS untuk merampas kerusi DUN Bagan Pinang yang menjadi kubu kuat BN selama ini, Abdul Hadi berkata, berdasarkan rekod pilihan raya kecil sebelum ini, beliau yakin sokongan pengundi akan beralih kepada partinya.

"Kita lihat corak sokongan pada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, kita dapat pertambahan sokongan jika dibandingkan dengan pilihan raya umum 2008...jadi tak mustahil ia akan berlaku di Bagan Pinang.

"Kita akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kita boleh menang," katanya.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Nor yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), awal bulan lalu.

Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan dengan memperolehi 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail. Beliau menang dengan majoriti 2,333 undi.

Dalam pada itu Abdul Hadi turut menasihatkan para penyokong serta penceramah PAS supaya berkempen secara berhemah dan bermoral.

"Kita ada akhlak dan moral kita dalam berkempen yang berbeza dengan orang lain... jawatankuasa khas yang mengendalikan pilihan raya ini akan memastikan semuanya berjalankan dengan baik," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain