suria

DUN Bagan Pinang: Hanya BN, PAS serah borang pencalonan

PORT DICKSON: Sehingga tamat tempoh proses pencalonan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada pukul 10 pagi tadi, hanya dua calon yang menghantar borang pencalonan mereka iaitu daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua Umno Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad manakala PAS diwakili Pesuruhjaya PAS negeri, Zulkefly Mohamad Omar.

Perkara itu diumumkan Pengurus Pilihan Raya DUN Bagan Pinang, Abdul Wahab Shamsuddin selepas tempoh penyerahan borang penamaan calon yang berlangsung selama sejam tamat sebentar tadi.

Borang pencalonan akan mula dipamerkan pada pukul 11 pagi bagi proses bantahan.

Sementara itu, hasrat bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shahruddin Abdul Hamid untuk bertanding sebagai calon Bebas terkubur apabila beliau gagal mengemukakan borang yang lengkap.

Artikel Lain