suria

Projek menaik taraf kereta api Bukit Bendera siap tahun depan

BUTTERWORTH: Projek menaiktaraf perkhidmatan kereta api Bukit Bendera yang bernilai RM60 juta dijangka siap sebelum akhir tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata projek ini melibatkan pertukaran keseluruhan sistem kereta api itu dengan sistem yang lebih moden bagi memastikannya lebih cekap untuk jangka masa yang lama.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Paya Tok Akil di sini, hari ini, katanya kerajaan juga telah memilih kontraktor yang akan melaksanakan projek itu sementara majlis pecah tanah akan dilakukan pada akhir bulan ini.

Dalam tempoh kerja-kerja menaiktaraf itu, menurutnya perkhidmatan kereta api Bukit Bendera akan diberhentikan sehingga projek itu siap.

"Kita akan cari kaedah lain seperti penggunaan van untuk naik ke Bukit Bendera ketika projek itu dilaksanakan," tambah beliau. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain