suria

Penamaan calon Bagan Pinang: Jalan Pantai ditutup 7 pagi esok

PORT DICKSON: Sempena penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang esok, jalan raya utama di kawasan itu, Jalan Pantai akan mula ditutup mulai pukul 7 pagi secara berperingkat-peringkat.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata jalan ini mula ditutup daripada persimpangan lampu isyarat Kompeks Pejabat Daerah Port Dickson hingga ke persimpangan lampu isyarat Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad.

"Orang ramai serta pelancong yang ingin ke pantai peranginan terutama di Telok Kemang diminta menggunakan jalan alternatif. "Aliran trafik juga dijangka sesak esok berikutan perarakan caloncalon yang bertanding sehubungan itu penyokong parti dinasihat supaya berada awal di tempattempat yang telah diaturkan untuk mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Osman berkata polis akan bersama penyokong parti untuk bergerak ke tempat penamaan calon yang akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

"Penyokong keduadua parti akan menggunakan laluan yang berasingan. Penyokong BN akan menggunakan jalan mulai di hadapan Kompleks Pejabat Daerah Port Dickson manakala penyokong Pas akan bergerak di simpang dewan berkenaan," katanya.

Sementara itu, pegawai pengurus pilihan raya Abdul Wabah Shamsuddin pula berkata segala proses untuk penamaan calon pagi esok berjalan lancar termasuk soal keselamatan.

"Dijangkakan lebih 20,000 penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pas akan hadir memberi sokongan kepada parti masing-masing pagi esok," katanya.

Beliau menasihati penyokong parti yang bertanding mematuhi semua peraturan dan arahan polis serta tidak menimbulkan kekecohan.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati suasana menjelang pilihan raya kecil itu semakin meriah di mana petugas parti dan penyokong masing-masing sibuk membuat persiapan akhir.

Semakin banyak markas didirikan dan poster dinaikkan malah partiparti politik yang bertanding dilihat sudah memulakan perang poster dan bendera masing-masing walaupun kempen pilihan raya secara rasminya bermula esok.

Poster dan bendera ini dipasang terutamanya dibeberapa lokasi strategik yang menjadi tumpuan orang ramai.

Bagaimanapun pihak berkuasa mengingatkan petugas parti supaya mematuhi peraturan dan kawasan larangan pemasangan dan penggantungan poster dan bendera. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain