suria

Kedai emas di Pekan Arau dirompak,rugi RM60,000

KANGAR: Sebuah kedai emas di pekan Arau yang tidak memiliki sistem keselamatan yang sempurna dirompak hari ini mengakibatkan kerugian kira-kira RM60,000.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Yusof Mohd Diah yang ditemui di tempat kejadian berkata berkata kejadian berlaku pukul 1.30 tengah hari ketika peniaga kedai emas itu sedang melayan seorang pelanggannya.

Bagaimanapun tiada kecederaan dalam kejadian yang berlaku di kedai emas yang beroperasi lebih 35 tahun itu.

Yusof berkata dalam kejadian ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat itu, empat lelaki berumur lewat 20an tiba di hadapan premis itu dengan dua buah motosikal.

Dua daripadanya yang memakai topi keledar dan bersenjatakan parang dan kapak memecahkan kaca tempat pameran barangan kemas itu manakala dua lagi lelaki menunggu di luar premis.

Kejadian berlaku beberapa minit dan mereka melarikan diri dengan sejumlah barang kemas yang dianggarkan bernilai RM60,000 ke arah sempadan Perlis-Kedah.

Katanya polis sedang menjejaki para perompak itu yang dipercayai berasal dari luar Perlis.

Siasatan awal mendapati, premis itu tidak memiliki sistem keselamatan yang sempurna termasuk tiada pengawal keselamatan dan sistem kamera litar tertutup (CCTV), katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain